Lesen Peniaga, Penjaja Dan Bayaran Separuh Sewaan Premis Dilanjutkan Sehingga 31 Julai

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan bersetuju untuk melanjutkan tempoh pembaharuan lesen berniaga secara percuma dan diskaun sewaan premis, termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) milik agensi, itu sehingga 31 Julai ini.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira senario semasa orang ramai ketika ini, yang terpaksa berbelanja bagi persiapan pembukaan sekolah selain akan menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dalam masa terdekat.

“Saya tahu peluang perniagaan lebih terbuka, apabila banyak aktiviti dibenarkan dan kita telah berhijrah daripada situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tapi secara keseluruan penjaja dan peniaga kecil masih bergelut dengan perniagaan yang sedikit malap, berbanding keadaan biasa.

..dan walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta pihak berkuasa tempatan terpaksa menanggung kesusutan daripada segi hasil, tetapi kita merasakan perlu melanjutkan tempoh pembaharuan lesen percuma dan separuh bayaran sewaan premis,” katanya pada sidang media pada program [email protected] di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam.

Annuar berkata langkah itu akan memberi manfaat kepada lebih 40,000 penyewa termasuk hampir 10,000 peniaga dan penjaja, selain 5,000 peniaga yang sedang mengambil bahagian dalam program Wilayah Bebas Berniaga.

Dalam pada itu, Annuar berkata kementerian itu juga akan mengemukakan permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), untuk mempertimbangkan pembukaan bazar Ramadan, namun keputusan itu bergantung kepada pematuhan dan disiplin orang ramai dan penjaja, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada masa ini.

“Kita harus faham (kita) masih belum keluar dari zon selamat, walaupun program suntikan vaksin COVID-19 sudah bermula, namun kepatuhan rakyat kepada SOP harus dipertingkatkan agar jumlah kes dapat dilandaikan,” katanya.

Annuar berkata setakat ini pihaknya sudah menerima lebih 2,000 pemohonan daripada operator yang mahu membuka bazar Ramadan, di sekitar Wilayah Persekutuan.

Pada September tahun lepas, Annuar mengumumkan Inisiatif Wilayah Cakna 3.0 yang bertujuan untuk membantu warga kota terutama golongan B40, yang terjejas ekoran PKP dan antara lain ia turut memberikan diskaun sewaan premis milik DBKL, Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan (PL), selain pembaharuan lesen perniagaan percuma.

– BERNAMA

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

438,220 Individu Telah Terima Kedua-Dua Dos Vaksin – Dr Adham

KUALA LUMPUR - Seramai 438,220 individu telah menerima kedua-dua dos vaksin mereka di bawah fasa satu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri...

KPDNHEP Keluar Notis Susulan Kenaikan Harga Ayam

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa di beberapa negeri kini mula mengambil tindakan tegas susulan kenaikan mendadak harga ayam di pasaran, yang mula dikesan sejak...

Pelakon Iklan Judi Raya Dibayar Upah RM180 – Polis

PETALING JAYA - Barisan pelakon yang terbabit dalam pembikinan video iklan bertema raya mempromosi judi dalam talian yang tular di media sosial semalam, hanya...