UMNO Perlis Mesti Bijak Bahagi Kerusi, Pusat Tak Boleh Campur Tangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menyokong pendirian UMNO/Barisan Nasional (BN) Perlis untuk terus mengadakan kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN) pada PRU- 15.

Beliau bagaimanapun mengingatkan dua perkara yang harus diuruskan dengan bijak oleh Datuk Seri Shahidan Kassim selaku Pengerusi UMNO Perlis.

Kata Shahrir, pada asasnya, pendekatan sesebuah negeri wajar diputuskan di peringkat negeri masing-masing ikut keadaan negeri dan pertimbangan setiap kepimpinan negeri berkenaan.
“Saya setuju dengan pendirian UMNO Perlis, syabas (Datuk Seri) Shahidan Kassim. Ini boleh mengelakkan pertandingan tiga penjuru antara BN dengan PN.

“Hanya dua perkara je lah (perlu dipertimbang), apabila sudah dinyatakan kebersamaan dengan PN, adakah BN Perlis akan mengguna manifesto dan lambang PN di PRU 15 kelak? Saya harap keputusan ini diambil secara teliti kerana UMNO dan BN tidak berada dalam PN.

“Ianya tidak memeranjatkan kalau PAS sahaja yang gunapakai manifesto dan lambang PN kerana parti ini bersekutu dengan PN. Itu pun belum tentu kerana keadaan di peringkat kawasan pun berbeza dari pemikiran kepimpinan pusat PAS, terutamanya Datuk Seri Takiyuddin sebagai Setiausaha Agung PAS,” syor beliau.

Shahrir berkata perkara kedua, adakah UMNO/ BN akan serahkan satu dua kerusi untuk calon-calon Bersatu pada PRU 15 walaupun Bersatu tidak menang satu kerusi pun pada PRU yang lepas?

“Semuanya bergantung kepada kebijaksanaan kepimpinan UMNO/ BN Perlis. Bukan lagi pusat yang menentukan.

“Malah buat kali ini, kedudukan UMNO / BN tidaklah seperti pada PRU-PRU yang lepas di mana BN merupakan kerajaan di peringkat pusat. Kedudukan ini perlu meletakkan lebih tanggungjawab kepada UMNO/ BN di peringkat negeri.

“Lagi pun, Bersatu tidak mempunyai apa-apa kerusi DUN dan Parlimen di Perlis. BN dan PAS yang mempunyai bilangan kerusi yang lebih dari cukup untuk membentuk kerajaan negeri. Dari tiga kerusi Parlimen pun, BN menguasai dua daripadanya,” jelas Shahrir yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bharu.
Semalam,Shahidan mengumumkan UMNO Perlis akan meneruskan kerjasama dengan Bersatu pada PRU-15, di sebalik keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menamatkan kerjasama itu di peringkat nasional.

Katanya, keputusan UMNO Perlis ialah menyokong kerajaan PN dan semasa pilihan raya kami akan bekerjasama dengan semua parti politik Bumiputera – Bersatu dan PAS.

Beliau berkata UMNO Perlis “akan bekerjasama dengan semua parti-parti politik Bumiputera semasa pilihan raya dan Perlis tidak mahu menjadi (negeri dikuasai) pembangkang”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat