Lombong di Gerik disambung semula selepas patuhi syarat EIA – Arthur

KUALA LUMPUR, 5 Februari 2026 – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, menjelaskan beberapa tapak perlombongan di Gerik, Perak, dibenarkan menyambung semula operasi selepas digantung sementara susulan insiden pencemaran Sungai Perak yang dilaporkan pada Oktober tahun lalu.

Penjelasan itu dibuat bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Gerik (PN-PAS), Fathul Huzir Ayob, yang meminta kerajaan menyatakan tindakan terhadap syarikat perlombongan yang didakwa menyebabkan pencemaran sungai berkenaan.

Arthur berkata, sebagai langkah segera, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengeluarkan arahan penggantungan sementara operasi selama tiga minggu terhadap tiga tapak perlombongan di daerah Hulu Perak bagi membolehkan penambahbaikan dilaksanakan, khususnya melibatkan sistem rawatan efluen lombong serta kawalan hakisan dan sedimen.

Menurut beliau, kementerian turut mengaktifkan gerak kerja pasukan khas melibatkan pelbagai agensi Persekutuan dan Negeri bagi mengenal pasti punca sebenar perubahan warna air Sungai Perak.

“Hasil siasatan mendapati berlaku pelanggaran syarat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar, dan Perintah Berhenti Kerja telah dikenakan terhadap sebuah syarikat bermula 3 Disember 2025,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja di Dewan Rakyat.

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN TITAH …

Arthur berkata, perintah itu hanya ditarik balik pada 13 Januari 2026 selepas semua syarat yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya oleh pihak syarikat.

Menurutnya, pemantauan dan penguatkuasaan akan diteruskan, dan tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan terhadap undang-undang alam sekitar bagi memastikan perlindungan sumber air dan kesejahteraan penduduk setempat terus terpelihara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat