Memoir Tommy Thomas berisiko diharamkan KDN dedah rahsia negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Memoir berjudul `My Story: Justice in The Wilderness’, tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkemungkinan diharamkan jika kandungannya benar-benar didapati melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

Memetik laporan Utusan Malaysia, sumber mendedahkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti isi kandungan buku tersebut yang didakwa beberapa pihak boleh menimbulkan kekacauan selain berunsur fitnah.

Buat masa ini, buku kontroversi itu sedang dalam penilaian pihak berkuasa untuk diteliti sama ada melanggar OSA 1972 atau tidak.

Buku tersebut menimbulkan kontroversi kerana didakwa mempunyai elemen fitnah di mana kini ia disiasat KDN sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Laporan itu berkata kementerian sedang bekerjasama dengan Pejabat Peguam Negara berkaitan beberapa bab yang kontroversi.

Buku itu mencetuskan kontroversi selepas beberapa nama tokoh disebut antaranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Antara yang dikupas dalam bukunya berkenaan pendakawaan 1MDB, masalahnya di Pejabat Peguam Negara dan pelantikannya yang kontroversi.

Tommy juga turut mencatat bahawa Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan sebagai Perdana Menteri interim bukan Dr Mahathir selepas Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Beberapa laporan polis telah dibuat termasuk Mohamed Apandi mendakwa kes berkenaan perlu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan.

Bekas Peguam Negara itu berkata, ia kerana kesalahan memfitnah dan mendedahkan perkara sulit tertakluk kepada undang-undang kerahsiaan negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat