Perkhidmatan Telco di Kampung Salang, Pulau Tioman Kini Pulih

PULAU TIOMAN, — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) memaklumkan bahawa perkhidmatan selular 2G dan 4G di Kampung Salang, Pulau Tioman telah dipulihkan sepenuhnya berkuat kuasa 1 Januari lalu selepas terjejas akibat cuaca buruk.

Menurut kenyataan media MCMC, pihaknya menerima aduan berhubung gangguan perkhidmatan itu daripada Ahli Parlimen Rompin, Dato’ Haji Abdul Khalib Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Dato’ Sri Dr. Haji Mohd Johari Hussain, serta penduduk kampung yang terkesan melibatkan hampir 100 orang penduduk. Gangguan tersebut berpunca daripada kerosakan teruk pada stesen pemancar selular di Kampung Salang yang diselia oleh CelcomDigi dan menggunakan teknologi Multi-Operator Core Network (MOCN), menyebabkan perkhidmatan Maxis dan U Mobile turut terputus sejak 17 Disember 2025.

Semakan MCMC mendapati perkhidmatan jalur lebar tetap Unifi kekal beroperasi seperti biasa. Secara keseluruhan, terdapat sembilan stesen pemancar di Pulau Tioman dan semuanya berfungsi dengan baik kecuali stesen di Kampung Salang.

MCMC menjelaskan, faktor keselamatan serta perkhidmatan feri yang terhad semasa musim Monsun Timur Laut menyebabkan pasukan teknikal CelcomDigi hanya dapat tiba di Pulau Tioman pada 31 Disember 2025 bagi melaksanakan kerja-kerja penggantian peralatan yang rosak. Usaha pembaikan tersebut membolehkan perkhidmatan selular dipulihkan sepenuhnya keesokan harinya.

Dalam pada itu, MCMC memaklumkan akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi membantu penyedia perkhidmatan dari segi pengangkutan serta sokongan logistik, khususnya ketika musim Monsun Timur Laut.  

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat