KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan anggota Kabinet bahawa semua orang mempunyai peranan dalam menghadapi krisis kesihatan, ekonomi dan bencana yang melanda negara.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Kabinet pertama tahun 2022 di Perdana Putra pada Rabu.

“Antara penekanan mesyuarat adalah isu pengurusan banjir dan pasca banjir, serta isu penangguhan ibadah umrah bagi jemaah Malaysia, atas sebab penularan varian Omicron di Tanah Suci.

“Berikutan bencana banjir negara, saya akan pastikan setiap pihak menggalas tugas sebaiknya dalam melancarkan urusan pemberian bantuan-bantuan kerajaan.

“Segala bantuan yang telah diumumkan mesti disegerakan.

“Saya yakin dan percaya, dengan tumpuan dan dedikasi dari semua, cabaran ini dapat kita lalui dengan tenang, sebagai sebuah Keluarga Malaysia,” ujarnya dalam catatan di Facebook.