- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, akan mencadangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO agar memastikan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan selewat-lewatnya MAC 2021 kerana kerajaan sedia ada sudah tidak mampu memberi perkhidmatan kepada rakyat.
Menurut Ketua UMNO Bahagian yang hadir dalam perhimpunan khas tadi, Ahmad Zahid berkata jika Perdana Menteri tidak mahu membubarkan Parlimen, UMNO akan memastikan PRU diadakan pada Mac 2021 dengan meminta semua Menteri dan Ahli Parlimennya melepaskan jawatan dalam kerajaan menjelang Februari 2021. – SuaraTV