MCA Pertikai Pemecatan Annuar Musa

- Advertisement -

CYBERJAYA – Parti MCA melahirkan rasa terkilan dengan keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memecat Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

“Pucuk pimpinan MCA terkilan dengan laporan media bahawa YB Tan Sri Annuar Musa telah dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional.

“Pimpinan Tertinggi MCA hanya mengetahui perkara ini melalui laporan media dan ianya tidak pernah dirundingkan sesama parti komponen dalam BN mahupun diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN.

“Setakat ini, MCA masih tidak dapat mengesahkan kesahihan berita mengenai penyingkiran Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung BN,” katanya memetik kenyataan tersebut.

Menurut MCA seberang keputusan sepatutnya dibincang dan diputuskan secara bersama di dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

“Pada hemat parti MCA, sebarang pelantikan ke jawatan dalam BN, ianya perlu dibuat berlandaskan Perlembagaan BN dan secara konvensinya pencalonan ini haruslah dibentangkan serta dipersetujui secara konsensus di dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN,”

“Begitu juga dengan sebarang pemecatan mana-mana pihak daripada jawatan seperti Setiausaha Agung dan Bendahari Agung BN.

“Setakat ini, MCA masih belum mendapat sebarang notis Mesyuarat Dewan Tertinggi BN. Maka, tiada ulasan lanjut yang boleh dibuat pada ketika ini.

Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal turut melahirkan rasa terkejut dengan keputusan tersebut.

“UMNO Bahagian Seputeh menzahirkan rasa terkejut dengan keputusan Presiden UMNO memecat Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang dibuat tanpa perbincangan bersama rakan parti-parti kompenan BN.

“Namun keputusan telah dibuat dan selaku KETUA BAHAGIAN mewakili UMNO BAHAGIAN SEPUTEH mengucapkan Terima Kasih kepada Tan Sri Annuar Musa kerana telah berkhidmat sebagai SUA BN. Teruslah memberi penerangan kepada penyatuan Melayu di tanahair ini,” katanya.

Zahid yang juga merupakan Pengerusi BN, mengumumkan Datuk Ahmad Maslan sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional yang baharu menggantikan Annuar.

Pengumuman tersebut di buat dalam ucapan semasa perjumpaan khas dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat