Pemangku Raja Pahang Santuni Mangsa Banjir Di Raub

- Advertisement -

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan mencemar duli menyantuni mangsa banjir di daerah Raub, kira-kira 200 kilometer dari sini.

Unit Media Pejabat Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang memaklumkan, baginda meluangkan masa kira-kira lima jam bermula 11.30 pagi melawat 24 pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar daerah berkenaan bagi melihat dan mendengar sendiri rintihan penduduk akibat bencana itu.

“Selain bertanya khabar, Tengku Hassanal turut mengurniakan sumbangan peribadi dan sumbangan daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

“Tengku Hassanal meninjau sendiri kawasan dinaiki air dengan diberikan taklimat ringkas daripada pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

Mengiringi baginda semasa lawatan berkenaan ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Abd Aziz Mat Kiram.

Antara PPS dilawati Tengku Hassanal ialah Surau Al-Hidayah Kampung Melayu Sempalit, Dewan Kegiatan Gali Tengah, Dewan Serbaguna Gali Hilir, Balai Raya Kampung Sungai Pasu, Balai Raya Kampung Durian Sebatang, Dewan Dato’ Seriwa Dong, Sekolah Kebangsaan Muhammad Jabar, Masjid Kuala Temau, Dewan Kampung Pia dan Balai Raya Kampung Jeruas.

Setakat 7.30 malam tadi, seramai 14,814 mangsa banjir daripada 3,809 keluarga di Pahang ditempatkan di 208 PPS.

Menurut kenyataan itu, jumlah berkenaan dijangka terus meningkat berikutan trend kenaikan paras air di Sungai Pahang melibatkan sembilan daerah iaitu Kuantan, Temerloh, Bentong, Maran, Rompin, Pekan, Raub, Jerantut dan Lipis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat