Donald Trump ‘Paksa’ Batalkan Kemenangan Joe Biden Di Georgia

- Advertisement -

WASHINTON: Presiden Donald Trump didakwa memaksa Ketua Pilihan Raya Georgia untuk membatalkan kemenangan Joe Biden di daerah itu.
Perkara itu didedahkan menerusi satu rakaman audio telefon yang antara lain menyatakan undian rasmi adalah kemenangan terhadap Trump.
Untuk rekod, rakaman perbualan tersebut dilaporkan oleh portal The Washington Post.

“Apa yang ingin saya lakukan hanyalah, saya mahu memperoleh 11,780 undi, yang lebih banyak daripada yang kita ada. Kerana kita menang di negeri ini,” kata Trump.

“Tidak mungkin saya kehilangan Georgia. Tidak mungkin. Kami menang dengan ratusan ribu undi.”

Trump berkata, jika Setiausaha Negara Brad Raffensperger gagal mendapatkan jumlah undi itu, beliau dan Ryan Germany bakal berdepan tindakan kerana memusnahkan kertas undi untuk menghalang siasatan.

Audio yang tersebar pada Sabtu itu juga didakwa adalah langkah baharu oleh Trump untuk memberi tekanan terhadap kepada pihak berkuasa daerah mencabar kemenangan pilihan raya selepas dikalahkan Biden dari Parti Demokrat.

Dakwaan ini menyusul dua minggu sebelum Trump perlu keluar dari White House secara rasmi dan dua hari sebelum keputusan rasmi yang menentukan sama ada Georgia akan ditadbir oleh Senat.

Dalam pada itu, Trump menerusi perkongsian di Twitternya pada Ahad mengesahkan sudah berbincang dengan Raffensperger.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat