Sukan SEA 2027, tidak bina stadium baru, naik taraf fasiliti sedia ada – Adam Adli

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Adam Adli Abd Halim berkata kerajaan akan menaik taraf kemudahan-kemudahan sukan sedia ada untuk kegunaan Sukan SEA 2027 termasuk di Sarawak.

Munurutnya kerajaan tidak berhasrat untuk membina stadium atau fasiliti sukan yang baharu menjelang Sukan SEA berkenaan.

“Pihak kerajaan akan menaik taraf kemudahan-kemudahan sedia ada sukan untuk kegunaan Sukan SEA 2027 akan datang termasuk di Sarawak selepas diadakan koordinasi dan perbincangan lanjut,” kata Adam Adli menjawab pertanyaan wakil Lubuk Antu, Roy Angau Gingkol di Dewan Rakyat.

Adam berkata, KBS juga akan mengadakan perbincangan bersama kerajaan negeri selepas selesai Penubuhan Jawatankuasa Pengelola dan Sekretariat Sukan SEA 2027.

“Terdapat 38 hingga 44 jenis sukan akan dipertandingkan menerusi sukan tersebut dan pemilihan atlet juga dipilih melalui pelbagai saluran termasuk Sukan Malaysia (SUKMA) dan beberapa sukan terbuka.

“Kita beri peluang sukan SEA ini sebagai platform sebagai atlet-atlet baru berbanding dengan atlet-atlet senior kerana ini adalah salah satu temasya sukan yang tersedia untuk mereka mewakili negara pada peringkat awal profesion mereka sebelum mereka mengajak ke sukan lebih besar seperti sukan asia komanwel atau olimpik,” katanya.

Sukan Sea 2027 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur serta tiga negeri lain, termasuk Sarawak, Sabah, dan Pulau Pinang, bakal menelan belanja sekitar RM700 juta.

Kos itu tidak sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan pusat apabila ketiga-tiga negeri berkenaan bersetuju untuk bersama-sama menanggung kos penganjuran.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat