PUTRAJAYA — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan sudah tidak relevan lagi.
Beliau berkata demikian berhubung kenyataan Shahril dalam satu podcast, bahawa usaha menarik Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Perpaduan hanyalah naratif bertujuan menjadi kan Zahid kelihatan seperti seorang hero.
Presiden UMNO itu turut memberitahu tiada permohonan baharu daripada bekas ahli-ahli UMNO untuk kembali menyertai parti itu selepas bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
“Setakat ini tidak ada permohonan baharu jadi kita akan bawa ke persetujuan Jawatankuasa Pengurusan dan akan diketengahkan di MKT jika ada.
“Saya tidak tahu. Kalau ada mesyuarat MKT, maknanya bulan Januari ini akan berlaku,” katanya.