Kerajaan bina 20,328 unit Rumah Mesra Rakyat sejak tahun 2020 – Aiman Athirah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperuntukkan geran sebanyak RM1.686 billion kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi pelaksanaan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, , melalui program RMR sebanyak 20,328 unit dibina di seluruh negara sejak tahun 2020 sehingga kini.

“Bagi penyediaan RMR di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dalam tempoh 2020 sehingga kini, kerajaan telah memperuntukkan geran kepada SPNB sebanyak RM1.686 billion dengan kebolehlaksanaan RMR sebanyak 20,328 unit di seluruh negara.

“Semua permohonan yang telah diluluskan tersebut telah pun dilaksanakan di mana sejumlah 19,417 unit RMR telah siap dibina, 693 unit sedang dalam pembinaan dan 218 unit telah diluluskan untuk pembinaan di seluruh negara,” katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Saratok, Datuk Ali Biju di Dewan Rakyat hari ini.

Jelasnya, sebanyak 1,220 unit RMR telah siap dibina dan diserah milik, manakala 109 unit sedang dalam pembinaan.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat