Filipina dakwa ratusan kapal tentera China di Laut China Selatan

- Advertisement -

MANILA: Filipina mendakwa kehadiran lebih 135 buah kapal China ‘mengerumuni’ terumbu di luar pantai negaranya sangat membimbangkan dan merupakan ancaman kepada keamanan serantau.

Menurut Pengawal Pantai Filipina (PCG) kepada agensi media AFP, kapal China terbabit ‘berselerakan’ di sekitar Terumbu Whitsun di Laut China Selatan.

Manila menggelarnya sebagai Terumbu Julian Felipe yang terletak kira-kira 320 kilometer barat Pulau Palawan.

Menurut Filipina terdapat 111 buah kapal maritim China berada di perairan terbabit pada 13 November lalu.

Namun apabila PCG mengerahkan dua bot peronda ke lokasi itu, semalam, bilangan kapal berkenaan dianggarkan telah meningkat kepada lebih 135, dakwa pasukan terbabit.

“Tiada respons dibuat kepada cabaran radio yang dikeluarkan PCG terhadap kapal berkenaan,” katanya sambil menyifatkan kehadiran kapal terbabit sebagai ‘membimbangkan’ serta ‘haram’.

Kedutaan China di Manila tiada memberi maklum balas kepada permintaan untuk komen, setakat ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat