Hujan lebat diramal landa negeri di Semenanjung Januari depan – MetMalaysia

- Advertisement -

PETALING JAYA – Fasa Monsun Timur Laut (MTL), empat hingga enam episod hujan lebat diramal berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak.

Menurut laporan tinjauan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Semenanjung Malaysia diramal akan menerima hujan pada paras purata antara di bawah 50 milimeter (mm) hingga 450 mm pada bulan Januari 2024.

“Negeri Sarawak diramal menerima hujan pada paras purata antara 200 mm hingga 550 mm kecuali di Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan sebahagian Sibu yang dijangkakan menerima hujan sedikit melebihi purata iaitu antara 400 mm hingga 950 mm.

“Negeri Sabah pula diramal menerima hujan pada paras purata antara 100 mm hingga 200 mm kecuali di Kudat, Sandakan dan Tawau dan Wilayah Persekutuan Labuan, dijangka menerima hujan pada paras purata iaitu antara 150 mm hingga 300 mm,” katanya.

Bagi bulan Februari pula, kebanyakan negeri di Semenanjung diramal akan menerima hujan pada paras purata antara 50 mm hingga 300 mm manakala di Sarawak pula diramal menerima hujan pada paras purata iaitu sekitar 200 mm hingga 550 mm kecuali di Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan sebahagian Sibu yang diramal menerima hujan sedikit melebihi purata iaitu antara 350 mm hingga 750 mm.

“Manakala di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula diramal menerima hujan sedikit bawah purata iaitu antara di bawah 50 mm hingga 250 mm,” jelasnya.

MetMalaysia memaklumkan, pada bulan Mac nanti pula, kebanyakan negeri di Semenanjung diramal akan menerima taburan hujan pada paras purata iaitu antara 100 mm hingga 400 mm kecuali di negeri Perlis, Pulau Pinang, Kedah, utara Perak, Kelantan dan utara Terengganu yang dijangkakan menerima hujan sedikit bawah purata antara 50 mm hingga 200 mm.

“Sementara di Sarawak, kebanyakan bahagian diramal akan menerima jumlah hujan pada paras purata di antara 100 mm hingga 500 mm kecuali Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan sebahagian Sibu yang dijangkakan menerima hujan sedikit melebihi purata iaitu antara 350 mm ke 50 0mm.

“Manakala negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula diramal menerima hujan sedikit bawah purata iaitu antara 50 mm hingga 200 mm,” jelasnya.

Pada bulan April 2024, kebanyakan negeri di Semenanjung diramal akan menerima taburan hujan pada paras purata iaitu, anggaran antara 100 mm hingga 450 mm kecuali di negeri Perlis, Pulau Pinang, Kedah, utara Perak, Kelantan dan utara Terengganu yang dijangkakan menerima hujan sedikit bawah purata antara 50 mm hingga 250 mm.

“Di Sarawak, kebanyakan bahagian diramal akan menerima jumlah hujan pada paras purata di antara 100 mm hingga 400 mm kecuali di Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan sebahagian Sibu yang diramal menerima hujan sedikit melebihi purata iaitu antara 300 mm ke 400 mm.

“Di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula dijangkakan menerima hujan sedikit bawah purata iaitu antara 50 mm hingga 200 mm,” ulasnya.

Manakala pada bulan Mei 2024, Semenanjung Malaysia dijangkakan menerima hujan pada paras purata iaitu antara 50 mm hingga 350 mm. Sarawak juga dijangka akan menerima jumlah huan pada paras purata di antara 150 mm hingga 400mm. Begitu juga di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka akan menerima huan pada paras purata iaitu sekitar 50 mm hingga 350 mm. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat