Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 6.7 Peratus Tahun Depan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Fitch Ratings menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang 6.7 peratus tahun depan disokong pemulihan eksport barangan dan komoditi yang berterusan.

Agensi penarafan antarabangsa dalam satu kenyataan berkata, prospek itu bagaimanapun kekal tidak menentu dan bergantung kepada evolusi COVID-19 dalam tempoh jangka pendek sebagaimana digambarkan dalam peningkatan kes harian sejak Oktober lalu.

“Bagi tahun ini, kami menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menguncup 6.1 peratus sebelum melonjak kepada 6.7 peratus tahun depan dan 4.6 peratus pada 2022 bersandarkan jangkaan ekonomi Malaysia yang pelbagai yang akan menyediakan pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Fitch Ratings berkata, ia menjangkakan defisit fiskal Malaysia kekal tinggi berbanding paras sebelum COVID-19 disebabkan pelaksanaan langkah sokongan kerajaan kepada rakyat dan perniagaan serta tekanan politik yang menuntut perbelanjaan lebih tinggi.

“Belanjawan 2021 menyasarkan defisit sebanyak 5.4 peratus dari KDNK berbanding 6.0 peratus tahun ini dan defisit purata adalah 4.5 peratus dari 2021 hingga 2023. Kami jangkakan sasaran ini boleh dicapai.

“Fitch Ratings juga menjangkakan pendapatan kerajaan kekal rendah kepada 19.1 peratus dari KDNK pada tahun ini.

“Asas pendapatan rendah diburukkan lagi dengan pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2018 menyebabkan kerajaan perlu memanfaatkan dividen syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat