Amy Mastura jadi ‘Missy Jannah’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kali pertama melakonkan watak jururawat atau sering digelar ‘Missy’, bintang serba boleh, Amy Mastura beroleh pengalaman baharu dengan menyelami kehidupan anggota barisan hadapan.

Tampil dalam drama Hadiah Dari Tuhan terbitan Country Universal untuk TV3, watak Jannah yang dilakonkannya, membuka minda terhadap realiti kehidupan era pandemik COVIID-19.

“Melalui drama ini, penerbit cuba menelusuri realiti kehidupan termasuk petugas barisan hadapan pada era pandemik COVID-19.

“Ini termasuk mereka yang diberhentikan kerja dan bergelut dengan pelbagai cabaran hidup.

 

Melakonkan watak jururawat, Amy selami kehidupan anggota barisan hadapan dalam drama Hadiah Dari Tuhan. Foto IG Amy Mastura
Melakonkan watak jururawat, Amy selami kehidupan anggota barisan hadapan dalam drama Hadiah Dari Tuhan. Foto IG Amy Mastura

 

“Apa yang lebih utama, saya dapat merasai apa yang dilalui petugas barisan hadapan. Setiap hari berdepan risiko yang mungkin membabitkan nyawa sendiri,” katanya kepada BH Online.

Selain Amy, drama Hadiah Dari Tuhan arahan Fairuz Loy, dibintangi Riena Diana dan Syafi Tee.

Amy percaya dalam berdepan pandemik ini, anak seni juga berdepan risiko dalam mencari kelangsungan hidup.

“Biarpun kita berhati-hati dan patuh prosedur operasi standard (SOP), kita masih berdepan risiko. Misalnya, baru-baru ini, ada artis yang disahkan positif COVID-19.

“Setiap hari kita keluar mencari rezeki dengan niat menghiburkan masyarakat, anak seni juga seperti petugas barisan hadapan yang sentiasa terdedah dengan pelbagai risiko,” katanya.

Amy tidak menafikan komitmen lakonan terjejas sebaik COVID-19 melanda.

“Ada produksi yang sudah beri tarikh baharu untuk memulakan penggambaran, bertindih pula dengan produksi drama lain,” katanya yang bersyukur rezeki dalam dunia lakonan tidak putus.

Mengenai karier muzik, Amy berkata, kontraknya bersama Sony Music masih berbaki sebuah album.

“Kali terakhir saya melancarkan single adalah Warna Warni Dunia yang menampilkan penyanyi B Heart pada 2018.

“Sekarang, lebih banyak single dihasilkan. Hendak rakam album kena fikir banyak kali. Saya pun tidak tergesa-gesa menghabiskan kontrak dengan syarikat rakaman,” katanya.

Amy berkata, kesibukannya di lokasi penggambaran juga membataskan ruang untuk memberi tumpuan kepada karier nyanyian.

“Tidak mengapalah, kalau mungkin ketika sudah tiada gigi, barulah berpeluang rakam album terakhir, saya okay sahaja,” katanya berseloroh.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat