Azwan Ali Sekali Nak Cabar Azmin, Umum Bertanding Parlimen Gombak

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pengacara, Azwan Ali berhasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini.

Azwan mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Gombak, kerusi yang disandang abangnya, Datuk Seri Azmin Ali dari Perikatan Nasional (PN).

Selain Azmin, Azwan bakal berdepan Datuk Seri Amirudin Shaari (PH), Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN) dan Aziz Jamaludin Mhd Tahir (GTA).

Azwan, 56, berkata, beliau akan hadir ke Pusat Penamaan Calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak, esok.

“Iya, anda akan menerima jawapannya esok, iaitu pada hari penamaan calon.

“Saya akan berada di SMK Sungai Pusu. Jadi, orang ramai boleh ikut lintas langsung yang saya buat melalui TikTok dan Instagram (IG) untuk mendapatkan jawapan,” katanya lapor Berita Harian.

Mengulas lanjut, Azwan mengakui gementar untuk menempuh hari penamaan calon pada Sabtu nanti.

“Saya gementar kerana kali terakhir saya nampak kelibat Azmin adalah pada PRU-14. Selepas sekian lama, esok pastinya saya akan sekali lagi bertembung dengan Azmin.

“Inilah masa dinanti-nantikan ribuan rakyat dan penyokong. Ramai yang mahu melihat momen ini,” katanya.

Azwan mendakwa membuat keputusan untuk bertanding pada PRU15 selepas mendapat sokongan banyak pihak.

Pada PRU-14, Azwan bertanding atas tiket bebas di DUN Bukit Antarabangsa- juga kerusi yang disandang Azmin.

Pada PRU lalu, Azwan hanya memperoleh 90 undi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat