Pekerja Bangladesh tunjuk perasaan, mahu pulang ke Malaysia

Singapura Usir 15 Warga Bangladesh

SINGAPURA: Pihak berkuasa mengusir 15 warga Bangladesh dari republik ini kerana memuat naik hantaran berunsur hasutan, keganasan atau mencetuskan rusuhan berkaitan serangan pengganas di...

Tutup Sementara Kilang, Top Glove Jangka Pendapatan Terjejas

KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) menjangka pendapatannya untuk tahun kewangan semasa yang berakhir pada 31 Ogos 2021, akan terjejas sebanyak tiga...

COVID-19: Jeffrey Kitingan Akui Diberi Pelepasan Daripada Pengawasan, Pemerhatian

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah diberi pelepasan daripada menjalani pengawasan dan pemerhatian oleh Kementerian Kesihatan mengikut Akta Pencegahan...

Cukai Baharu Hanya Diperkenal Selepas Ekonomi Pulih – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan hanya memperkenalkan sebarang cukai baharu apabila keadaan ekonomi telah pulih, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau...

Tembakan Di Sempadan: Kejadian Berbalas Tembakan Berlaku Secara Spontan – KPN

KUALA LUMPUR - Kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand antara dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kumpulan penyeludup dadah awal pagi tadi berlaku...

DHAKA: Ribuan pekerja warga Bangladesh dari Malaysia yang terkandas di negara asal akibat COVID-19 mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kementerian Luar di Dhaka menuntut bantuan kerajaan bagi kembali bekerja di Malaysia

Difahamkan, mereka pulang ke negara asal untuk bercuti dan tidak dapat kembali ke Malaysia akibat pendemik virus yang memaksa kebanyakan negara menutup sempadannya.

Visa sebahagian besar pekerja terbabit sudah tamat tempoh, menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk kembali ke Malaysia.

Dianggarkan terdapat lebih 25,000 pekerja Bangladesh dari Malaysia kini terkandas di negara asal sejak penularan pandemik COVID-19.

Justeru, mereka menggesa kerajaan campur tangan dan membantu mereka menyelesaikan isu dokumen perjalanan bagi membolehkan mereka kembali ke tempat kerja di Malaysia.

Setiausaha Luar, Masud Momen, ketika bercakap dengan penunjuk perasaan, memberi jaminan kerajaan Bangladesh akan berbincang dengan Malaysia bagi menyelesaikan masalah mereka.

Seorang pekerja, Md Mohiuddin, memberitahu akhbar New Age bahawa beliau pulang ke Bangladesh pada 28 Januari dan sepatutnya kembali ke Malaysia pada 6 Mei tetapi tidak dapat berbuat demikian akibat COVID-19.

Katanya, visanya tamat tempoh 6 Mei lalu dan kini tidak pasti sama ada dapat kembali ke Malaysia, sama seperti 20 lagi pekerja di perkampungannya di Taltali, Barguna.

Katanya, tanpa campur tangan kerajaan, usaha mereka untuk kembali ke Malaysia tidak mungkin berjaya.

Mereka juga menuntut kerajaan menyediakan dana bantuan kewangan kerana tiada pekerjaan selama lebih tujuh bulan. – AGENSI

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Menjual Nama Binatang Untuk Mengherdik Kerajaan

Pandemik Covid-19 menjejaskan semua pihak sama ada kerajaan, ahli perniagaan, pekerja dan rakyat biasa. Kerajaan tidak lagi mempunyai pendapatan yang banyak, manakala aktiviti ekonomi...

“Tinggal saya seorang, sedih dan sunyi” – Tun M

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi rasa sedih dan sunyi apabila mengenang semua sahabat baiknya telah pergi menemui pencipta. Dalam catatan di blognya...

Berita Berkaitan

Singapura Usir 15 Warga Bangladesh

SINGAPURA: Pihak berkuasa mengusir 15 warga Bangladesh dari republik ini kerana memuat naik hantaran berunsur hasutan, keganasan atau mencetuskan rusuhan berkaitan serangan pengganas di...

20 Anggota Pentadbiran Kerajaan Dari BN Sokong Belanjawan 2021 Diluluskan

CYBERJAYA - 20 anggota pentadbiran kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan mereka supaya Belanjawan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat. Menerusi satu kenyataan bersama hari...

Pengembara Dari Sabah Tidak Lagi Perlu Kuarantin 14 Hari

CYBERJAYA - Pengembara dari Sabah perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 (swab test) tiga hari sebelum berlepas dari negeri itu, berkuatkuasa mulai esok. Menteri Kesihatan, Datuk...