Debat: Roger Tun! Sila hantar Kit Siang pulak – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mengambil maklum respons Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan pendirian semasanya bahawa tiada keperluan untuk beliau berdebat dengan beliau.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan itu ‘mengusik’ Dr Mahathir untuk menghantar Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berdebat dengannya.

“Roger Tun! Sila hantar Kit Siang pulak.

“Kit Siang masih tengah fikir 10 soalan saya semalam,” catat Najib di Facebooknya.

Najib memberitahu niat sebenarnya bukan mempelawa Dr Mahathir berdebat, sebaliknya cuma menjawab komen netizen.

“Sebenarnya saya tak ajak pun (debat). Saya cuma jawab komen netizen jika saya ada masalah untuk debat dengan Dr Mahahir. Saya jawab “no problem”, jelasnya.

Hari ini, Ahli Parlimen Langkawi itu menyatakan beliau sudah tidak ada sebab untuk berdebat dengan Najib sekarang memandangkan segala tuduhan terhadapnya telah terbukti benar oleh mahkamah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat