Belanjawan Negara Perlu Berpaksikan Kebajikan Rakyat – Agong

- Advertisement -

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar kerajaan dapat memperhalusi dengan sebaik-baiknya cadangan yang telah dikemukakan bagi merangka belanjawan yang bersifat inklusif dan komprehensif, serta berpaksikan kebajikan rakyat demi pemulihan ekonomi negara dalam membendung wabak Covid-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan serta parti-parti politik di atas semangat bipartisan dan pemuafakatan yang telah ditunjukkan.

Titah baginda lagi katanya, amalan kematangan berpolitik dengan mengenepikan perbezaan dan kepentingan parti atau peribadi amatlah penting pada ketika ini demi keselamatan dan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara yang amat terkesan akibat bencana wabak Covid-19.

“Sesungguhnya, semangat-semangat sebegini adalah selaras dengan budaya syura yang dianjurkan oleh Islam sebagaimana yang telah dipamerkan oleh Raja-Raja Melayu dalam sesi Perbincangan Khas di Istana Negara pada 25 Oktober, 2020 yang lalu.

“Dalam keadaan kita menghadapi situasi yang sukar dan genting ini, adalah wajar kita mendahulukan kemaslahatan masyarakat umum di atas kepentingan individu secara khusus,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini.

Ahmad Fadil menambah, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar semangat kerjasama yang dizahirkan oleh pelbagai pihak dapat diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Terdahulu, Ahmad Fadil memaklumkan, Al-Sultan Abdullah telah berkenan menerima menghadap Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkenaan penyediaan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November 2020 ini.

Dalam majlis menghadap yang berlangsung selama 70 minit bermula pada pukul 3 petang di Istana Negara hari ini, Al-Sultan Abdullah telah berkenan menerima sembah taklimat ringkas mengenai kedudukan ekonomi dan fiskal negara.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon.

Pada masa sama, baginda turut dimaklumkan mengenai usaha Kementerian Kewangan bagi penyediaan Belanjawan 2021 sejak bulan Julai 2020, melalui lebih 40 sesi libat urus yang melibatkan lebih 2,000 individu dan wakil perniagaan, termasuk para wakil daripada parti-parti politik negara yang telah diadakan baru-baru ini. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat