PAS Sabah sifatkan Nik Zawawi berjiwa besar minta maaf isu Injil

- Advertisement -

PAS Sabah sifatkan Nik Zawawi berjiwa besar minta maaf isu Injil

KUALA LUMPUR –Tindakan Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh memohon maaf dan menarik balik perkataan berhubung kenyataannya mengenai kitab Injil dianggap sebagai berjiwa besar oleh Setiausaha Agung PAS Sabah, Aliakbar Gulasan.

“Nik Muhammad Zawawi berjiwa besar, tidak mudah untuk tarik balik kenyataan yang sudah kita lepaskan. Saya percaya, permohonan maaf itu akan memberi lembaran yang lebih luas bagi PAS Sabah. Walaupun kita tidak mencari siapa benar dan siapa salah.

“Tetapi dalam konteks PAS Sabah, inilah yang kita kehendaki kerana kita mempunyai masyarakat pelbagai agama dan kaum. Keadaan seperti ini sensitif dan permohonan maaf inilah yang diperlukan, perdamaian perlu lebih diutamakan berbanding dengan konflik,” katanya memetik laporan FMT.

Sebelum ini, Aliakbar pernah menegur Ketua Dewan Ulamak PAS itu dengan mengingatkannya perkataan digunakan di Dewan Rakyat tidak sesuai dengan konteks penduduk di Sabah dan Sarawak yang berbilang kaum dan agama.

Bukan itu saja, beliau turut melahirkan kebimbangan ia akan memberi masalah dan membuatkan PAS terpinggir di Sabah.

Dalam pada itu, Aliakbar berharap tindakan Nik Zawawi itu akan diikuti ahli politik lain, yang menurutnya bersedia mengakui kesilapan dilakukan.

“Tumpuan kita bukan mahu wujudkan konflik dan ketidakharmonian. Kalau kita bersatu padu, saya percaya kemajuan dan kejayaan itu mampu kita capai secara bersama,” ujarnya.

Semalam, Nik Zawawi menarik balik perkataan “dipesongkan” dan “diubah” ketika merujuk kepada kitab Injil yang diikuti penganut Kristian, serta memohon maaf sekiranya ia menggores perasaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh itu berkata, tidak berniat memburukkan mana-mana agama, dan menjelaskan niat sebalik kenyataannya.

Nik Zawawi sebelum ini membuat kenyataan itu ketika perbahasan rang undang-undang mengusulkan denda lebih berat kepada pesalah yang memandu bawah pengaruh alkohol.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat