Najib cadang serah jawatan Pengerusi BNBBC kepada Lim Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Memandangkan Lim Kit Siang kurang berpuas hati dengan tindakan Barisan Nasional (BN) melantik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Barisan Nasional (BN).

Hal demikian, membuatkan Najib bercadang untuk menyerahkan jawatan tersebut kepada veteran DAP itu.

Dalam hantaran di Facebooknya hari ini, Najib menyatakan hasrat untuk ‘berundur’ daripada jawatan itu dan menyerahkan kepada Kit Siang.

“Ada mesyuarat ahli-ahli Parlimen BN semalam. Saya bisik pada kawan bahawa saya nak serah jawatan pengerusi BNBBC kepada Kit Siang sebab Kit Siang kurang puas hati saya dilantik.

“Kawan kata dia bantah. Sebab Kit Siang banyak buat drama merepek. Kawan kata dia tak tahan,” katanya berseloroh.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, memandangkan syornya ditolak, maka terpaksalah beliau terus menjawat jawatan tersebut.

“Jadi,saya terpaksa terus menjawat. Maaf Kit Siang, saya dah cuba.
“Yang penting dah cuba,” kata Najib.

Sebelum ini, Kit Siang menyelar pelantikan Najib sebagai pengerusi BNBBC dan meminta Parlimen agar tidak mengiktirafnya.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, pelantikan Najib membuktikan integriti dan agenda anti-rasuah adalah prinsip yang sangat jauh daripada Umno, MCA, dan MIC.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat