Kenapa Kit Siang Takut Sangat Dengan Najib?

- Advertisement -

RAMAI orang ketawa melihat gelagat seorang ahli parlimen pembangkang dari parti DAP yang mempertikaikan perlantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi BNBBC baru-baru ini.

Negara sedang dilanda wabak tetapi pemimpin veteran DAP ini seolah tidak ada isu lain yang nak dicakapkan.

Lagipun, apakah yang nak dipertikaikan sangat dengan perlantikan tersebut, apa motifnya?

Hakikatnya, proses perundangan ke atas Najib masih lagi belum selesai. Sekalipun telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi, beliau masih boleh merayu di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Apa sahaja boleh berlaku di mana-mana peringkat perundangan ini.

Tambah menimbulkan curiga, bila rekod menunjuķan situasi seperti ini pun bukan asing kepada pembangkang.

Ketika seseorang di kalangan mereka didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat pada tahun 2014, beliau masih mengekalkan jawatan ketua pembangkang di parlimen sehinggalah keputusan bersalah itu dikekalkan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2015.

Kenapa sepanjang tempoh itu, alasan seperti yang digunakan hari ini untuk mempertikaikan perlantikan Najib tidak digunakan, berbunyi pun tidak?

Hipokrit bagaimanakah ini?

Justeru tidak hairanlah kenapa ramai yang ketawa.

Najib sendiri pun ketika respon kepada ‘bantahan’ pemimpin DAP tersebut di laman Facebooknya, kelihatan melekehkan lagi perkara berkenaan, membuktikan beliau tidak terjejas dalam apa keadaan pun kepada isu seperti itu.

Posting itu sahaja mendapat lebih 18 ribu tanda suka dari pengguna media sosial Malaysia.

Jelas disitu siapa sebenarnya yang nampak kurang bijak.

Halim Mohdi
Jersntut

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat