Mahathir tolak debat terbuka bersama Najib

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak cabaran debat terbuka yang dikemukakan oleh ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Mahathir melalui satu muatnaik di laman Facebook sebentar tadi berkata tiada sebab untuk berdebat dengan bekas perdana menteri itu.

“Tiada sebab untuk berdebat dengan Dato’ Sri Najib Razak sekarang setelah segala tuduhan terhadapnya telah terbukti benar oleh mahkamah,” katanya.

Terdahulu ketika menjawab komen yang diberikan pengguna Facebook Najib berkata bersedia pada bila-bila masa untuk berdebat dengan Mahathir.

“No problem. Masa saya PM, dia ajak debat saya tak mahu.Masa dia PM7, saya ajak debat dia tak mahu.

“Sekarang kita berdua bukan lagi PM, kita boleh debat jika dia mahu. Anytime!,” katanya.

Komen Najib itu kemudiannya di sokong para pengikutnya yang berharap agar cadangan tersebut segera direalisasikan bagi membolehkan rakyat di negara ini menilai kebenaran di sebalik semua kritikan yang di lontarkan oleh Mahathir sebelum ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat