Malaysia ibarat ‘rumah’ buat Fourtwnty – Ari Lesmana

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dua malam yang sarat dengan lagu dan irama yang indah, memenuhi seluruh ruang di Zepp Kuala Lumpur apabila kumpulan dari Indonesia, Fourtwnty berjaya mengubat kerinduan peminat setia mereka di Malaysia.

Konsert yang berlangsung dua hari iaitu pada 1 dan 2 Oktober 2022, selama lebih kurang 2 jam Fourtwnty memainkan sebanyak 15 buah lagu seperti, Aku Tenang, Zona Nyaman & Fana Merah Jambu yang dinyanyikan oleh vokalisnya Ari Lesmana dengan penuh karisma dan bertenaga.

Persembahan penuh karisma dan bertenaga oleh Ari Lesmana menjadi tarikan utama di atas pentas dengan aksi yang dipersembahkan olehnya ketika menyanyi.

Alunan alat muzik yang dimainkan oleh ahli kumpulan Fourtwnty juga terasa lembut, santai, dan sesekali kedengaran rancak apabila penonton yang hadir turut menari mengikut rentak irama.

Mengangkat tema bunga matahari yang diberi nama Heliotropisme, merupakan simbolik dari kisah bunga matahari yang hidup di dataran tinggi dengan cuaca tropika.

Tema yang sama juga di bawa Fourtwnty di 10 buah lokasi di Indonesia antaranya Medan, Makassar, Malang, Palembang dan Yogyakarta. Dan judul yang sama dibawakan khas ke Malaysia sebagai salah sebuah lokasi dalam rangkaian jelajah tersebut.

Dibawakan khas oleh Shiraf Projects Sdn. Bhd, konsert ini dilihat berjaya memukau kesemua yang hadir dengan susunan sistem bunyi serta penataan cahaya yang luar biasa.

Suara.tv

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat