MOSTI guna teknologi angkasa dan data raya analitik ramal banjir

- Advertisement -

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi agensinya, MIMOS Berhad membangunkan teknologi yang boleh meramal banjir tujuh hari lebih awal.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, MIMOS membangunkan data analitik di pusat kawalan supaya ramalan tepat dapat diberikan seawal tujuh hari.

“Ia membantu membangunkan data raya analitik di pusat kawalan yang menyumbang data awal seperti ramalan banjir, satu hingga tujuh hari lebih awal. Kedua amaran babjir, enam jam ke dua hari lebih awal dan juga pangkalan data raya analitik serta sistem hebahan luas melalui berita rasmi dan media sosial”.

“Sistem ini dipanggil SRAB dan mempunyai tiga kawasan yang kita liputi setakat ini di Sungai Terengganu, Sungai Kelantan, Sungai Pahang dengan menggunakan tujuh teknologi dibangunkan oleh MIMOS,” katanya.

Selain itu, menerusi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pula, teknologi yang dibangunkan termasuk Sistem Pengurusan Bencana Bersepadu (IDMS) dan Sistem Maklumat dan Logistik Banjir Monsun Berteraskan Imej Satelit (eBanjir), menggunakan teknologi angkasa iaitu Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Sistem Penentududukan Global (GPS).

Dengan menggunakan teknologi satelit penderiaan jauh, ia berupaya mencerap dan menghasilkan imej serta maklumat muka bumi terkini, yang amat berguna dalam membantu pengurusan bencana lebih cepat, cekap dan berkesan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat