Pakar Zoologi Universiti Cambridge Dakwa Makhluk Asing Suka Dipeluk

- Advertisement -

LONDON – Seorang ahli zoologi dari Universiti Cambridge di Britain menyifatkan makhluk asing mungkin sebenarnya tidak makan manusia seperti yang selalu digambarkan dalam filem sains fiksyen, sebaliknya ia suka dipeluk, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dr. Arik Kershenbaum berkata, tiada sesiapa yang tahu rupa sebenar makhluk asing kerana wataknya lazimnya dimainkan oleh manusia.

Menurut beliau, imej paling realistik tentang makhluk asing adalah mikroskopik dan sekiranya ia bersaiz besar, ia mungkin kelihatan seperti watak Tribble yang merupakan makhluk asing berbulu dalam filem Star Trek.

“Sekiranya saya perlu memilih rupa makhluk asing yang masuk akal, saya akan fikir ia kelihatan seperti Tribble,” katanya.

Kebanyakan makhluk asing yang digambarkan dalam sains fiksyen dan kisah-kisah penampakan objek terbang tidak dikenali (UFO) mempunyai dua mata, dua lengan dan dua kaki.

Namun, Dr. Kershenbaum berkata, makhluk asing yang mempunyai anggota badan mampu memberikan kelebihan kepadanya.

Beliau juga berkata terdapat banyak lagi reka bentuk tubuh lain yang boleh dimiliki oleh makhluk asing termasuk menyerupai cacing, ikan atau labah-labah. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat