Saya Kata Kita Jangan Alpa, Bukan Rakyat Sudah Alpa – Adham Baba

- Advertisement -

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menafikan beliau membuat kenyataan bahawa rakyat sudah alpa sebagai punca peningkatan kes Covid-19 seperti mana sebaran ‘screenshot” laporan sebuah portal berita petang tadi.

Menurut Dr Adham, apa yang beliau nyatakan ialah “kita jangan alpa dengan ancaman Covid-19 dan perlu terus berjaga-jaga. Kita jangan alpa dalam mengamalkan norma baharu bagi mengekang penularan wabak Covid- 19.

Bagaimanapun tinjuan kami di portal Harian Metro tmendapati tajuk semasa ialah “Rakyat Jangan Alpa.”

Sementara itu ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Sesi Town Hall Pembudayaan Norma Baharu Dldalam komuniti bagi mencegah penularan Covid-19 di Desaru, di sini, hari ini, Dr Adham mengingatkan orang ramai agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan.

Katanya, ketika PKP masyarakat peka dan mendengar nasihat penjagaan diri, mencuci tangan, mengamalkan penjarakan fizikal sosial, mengelak 3S, iaitu kawasan sesak dan sempit serta bersembang atau bertutur dalam jarak yang dekat.

Namun, ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kita lihat amalan ini nampaknya belum menjadi budaya. Ada yang bersesak-sesak ketika membeli belah dan menggunakan lif selain tidak memakai pelitup muka.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, amalan norma baharu seharusnya menjadi budaya masyarakat sepanjang masa, bukannya hanya ketika berlaku peningkatan kes aktif wabak berkenaan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Chong Chee Keong; Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Dr Norhayati Rusli dan Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu.-Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat