Sabah Perkukuh Hubungan Dengan Arab Saudi, Finland, Teroka Kerjasama Baharu

KOTA KINABALU: Sabah terus memperluaskan jaringan kerjasama antarabangsa menerusi pertemuan dengan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Osamah Dakhei R Al Ahmadi dan Duta Finland ke Malaysia, Puan Yang Terutama (PYT) Anne Vasara.

Ketua Menteri Sabah berkata, kunjungan hormat kedua-dua diplomat berkenaan memberi peluang untuk bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuhkan hubungan sedia ada selain meneroka bidang kerjasama baharu yang mampu menyumbang kepada pembangunan negeri.

Menurut beliau, pertemuan bersama Osamah merupakan pertemuan pertama selepas diplomat itu dilantik sebagai Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia.

“Pertemuan bersama TYT Osamah merupakan pertemuan pertama kami selepas beliau dilantik sebagai Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia.

“Kami membincangkan potensi untuk terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara Sabah dan Arab Saudi,” katanya menerusi kenyataan.

Dalam pertemuan bersama Anne pula, Ketua Menteri berkata perbincangan memberi tumpuan kepada potensi kerjasama dalam bidang pembangunan mampan, teknologi, inovasi dan ekonomi hijau selaras dengan agenda pembangunan Sabah.

Beliau berkata Sabah akan terus memperluaskan jaringan kerjasama antarabangsa serta membuka ruang kepada pelaburan berkualiti dan perkongsian kepakaran.

Katanya, usaha itu penting bagi membawa nilai tambah kepada pembangunan negeri serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat