Pendakwa mohon henti prosiding, Zahid mungkin dilepas tanpa dibebaskan tuduhan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pendakwaan memohon untuk memberhentikan prosiding terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dibicarakan atas 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Dalam prosiding pagi ini, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid yang memberi kesan beliau dilepas tanpa dibebaskan.

Mohd Dusuki berkata, pendakwaan mengambil keputusan itu mengikut peruntukan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Zahid melalui 47 pertuduhan itu dengan mengemukakan 11 alasan.

Mohd Dusuki berkata, selepas 15 saksi pembelaan selesai memberikan keterangan termasuk Zahid sendiri, pihak pendakwaan berpendapat keterangan mereka perlu diteliti oleh pendakwan dan pihak penyiasat.

Katanya, adalah tidak adil untuk menangguhkan perbicaraan kes itu ke satu tempoh yang tidak tentu ke aras tertuduh.

Mohd Dusuki berkata, tertuduh juga mengemukakan dua surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara, masing-masing bertarikh 8 Disember 2022 dan 25 Januari 2023, lapor BH pada Isnin.

Beliau berkata, lanjutan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 20 Januari 2023, memaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara bahawa adalah penting untuk siasatan lanjut yang lebih terperinci, mendalam dan menyeluruh dibuat.

Katanya, pada 28 Februari 2023 dan 7 Mac lalu, pembelaan mengemukakan empat lagi surat representasi yang membangkitkan isu dan bukti baharu yang memerlukan SPRM untuk menyiasat perkara-perkara berkenaan.

Pada 24 Ogos lalu, peguam bela Datuk Hisham Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh, dalam satu kenyataan media, memohon keputusan representasi yang dihantar pada 8 Disember 2022 dan 25 Januari 2023 disegerakan sebelum pihak pembelaan memanggil lebih ramai saksi dalam perbicaraan kes itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat