Paralimpik Tokyo 2020: Latif Sedia ‘Terbang’, Tebus Kekecewaan Ziyad

- Advertisement -

INSIDEN yang menimpa jaguh lontar peluru negara, Ziyad Zolkefli, memberi impak positif daripada segi motivasi kepada Latif Romly yang tidak mudah tersungkur dalam sebarang situasi.

Sebaliknya, Latif menegaskan dia berada pada tahap terbaik untuk menebus kehampaan negara dan juga sahabat baiknya itu.

Ikuti perkongsian wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, bersama jurulatih, Shahrul Amri Suhaimi, menjelang aksi lompat jauh T20 hari ini.

Kejayaan Ziyad melakukan lontaran 17.94 meter dalam saingan lontar peluru kategori F20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dibatalkan kerana gagal melapor diri di Call Room pada waktu yang telah ditetapkan.

Penyertaannya dibatalkan sekali gus gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Rio 2016.

Seorang lagi penyandang juara Rio 2016, Latif, yang bakal turun dalam acara lompat jauh kategori T20, bakal turun dengan misi menebus kekecewaan Ziyad demi mengibar Jalur Gemilang di Tokyo.

“Itu yang diharapkan oleh semua rakyat Malaysia, apatah lagi barisan jurulatih yang telah membantu daripada segi persiapan Latif menjelang saingan di Tokyo.

“Kini ia terletak kepada Latif untuk menampilkan persembahan terbaik,” kata Shahrul.

Ditanyakan mengenai sasaran, Shahrul berkata, “Kami tidak meletakkan sebarang tekanan, namun lompatan yang terbaik bagi mengatasi catatan terbaik itu seharusnya dijadikan kayu pengukur dalam perebutan pingat emas esok (Sabtu).”

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,560FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat