Belum Jumpa Kereta Atau Mangsa

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Pasukan penyelamat belum menemui mangsa atau kereta Perodua Myvi yang dipercayai hanyut di Sungai Kionsom, Jalan Kionsom Lama, Inanam, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, setakat jam 9 malam tadi, pihak bomba belum menemui kereta atau mangsa.

Katanya, usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan namun pasukan bomba berdepan kesukaran berikutan keadaan arus sungai yang masih deras.

“Pihak bomba juga sudah menghubungi anak mangsa yang mengesahkan mangsa atau kenderaan belum ditemui.

“Pasukan operasi bomba yang menjalankan operasi di sungai berkenaan juga melaporkan tiada sebarang penemuan setakat ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang tadi, sebuah Perodua Myvi dilaporkan hanyut ketika cuba melalui jambatan konkrit di Jalan Kionsom Lama, di sini.

Dalam kejadian itu, kenderaan berkenaan yang didakwa dinaiki oleh dua individu itu cuba melepasi jambatan berkenaan namun gagal selepas terjatuh ke dalam sungai disebabkan arus sungai yang deras.

– Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat