Bawa Konsep Kedai Buku Jepun, Kafe ‘Rahsia’ Di Klang Ini Bakal Jadi Tempat Lepak Anda

- Advertisement -

Tipulah jika anda tidak mengalami masalah untuk mencari tempat untuk lepak bersama rakan ataupun meluangkan masa bersama keluarga. Buat anda yang inginkan privasi dan ketenangan, anda mungkin berminat untuk cuba terjah kafe Bukku yang terletak di Klang ini.

Pada awalnya kami menyangka ianya sebuah kedai buku tetapi rupanya ia sebuah kafe. Jika anda lihat pada bangunan kafe ini, ia ketengahkan konsep minimalis dan moden tetapi ada ‘kejutan’ untuk anda dalam kafe ini.

 

 

 

Anda dapat menikmati kopi anda sambil membaca buku di bawah pokok yang membawakan ‘vibes’ seperti di Jepun. Kiranya anda dapat merasakan diri anda berada di Jepun apabila dedaun pokok jatuh berguguran.

Malah, kafe ini hadir dengan dekorasi dan perabot berasaskan kayu yang kebiasaannya dapat dilihat dalam kafe-kafe di Jepun. Setiap sudut di kafe ini sangat ‘Instagrammable’ dan anda yang suka bergambar akan menyukai tempat ini.

 

 

Untuk pengetahuan anda, kafe ini dibuka setiap hari kecuali Isnin bermula pada jam 10.30 pagi sehingga 5 petang. Buat anda yang ingin nikmati minum petang anda sambil membaca buku dengan tenang, inilah kafe yang harus anda kunjungi.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat