DAP Manipulasi Isu Peneroka Tanah Haram Di Raub – Fadzli

GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri

GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Kota Kinabalu - Gerakan Rakyat Sabah (GRS) telah bersetuju dengan sebulat suara untuk mencalonkan Datuk Hajiji...

Ketua Menteri Sabah: Bung, Hajiji atau nama lain?

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah menyerahkan 41 akuan berkanun (SD) kepada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin. Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah...

PBS tak akan jadi ‘katak’ sertai Warisan – Johnny Mositun

KOTA KINABALU - Wakil rakyat daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak akan melompat parti menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi membentuk kerajaan negeri seperti...

Teka-Teki Ketua Menteri Sabah Berterusan, GRS Kemukakan Calon Baharu?

Kota Kinabalu - Teka-teki siapa Ketua Menteri Sabah masih berterusan apabila pertemuan ketua-ketua parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan Tuan Yang Turutama Yang Dipertua...

Selasa Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah Yang Baharu

Kota Kinabalu - Majlis angkat sumpah Ketua Menteri yang baharu akan berlangsung di Istana Negeri Sabah pada jam 10.30 pagi esok. Perkara itu disahkan Bahagian...

RAUB: Tindakan penguatkuasaan ke atas peneroka tanah haram di Raub oleh kerajaan negeri Pahang telah dipolitikkan, diputar belit dan dimanipulasi oleh parti DAP,  kata Fadzli Mohamad Kamal, Wakil Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Melayu Islam Seluruh Raub.

Tindakan DAP yang diketuai oleh ahli parlimen Raub dan Adun Tras DAP adalah sangat tidak bertanggungjawab sama sekali.

“Tidak mungkin tanah yang haram itu boleh jadi halal dengan kenyataan-kenyataan dan demontrasi yang telah mereka lakukan.

“Kami warga Raub rasa terpanggil untuk bersama-sama dengan ngo-ngo seluruh Pahang untuk menyatakan rasa tidak puas hati kami ke atas penerokaan tanah haram ini,” kata beliau selepas Himpunan Anti Pencerobohan Tanah Haram dan Penentang Tulisan Jawi, disini.

Fadzli juga menjelaskan, gabungan ngo-ngo yang berkumpul telah menyatakan sokongan dan berdiri teguh dibelakang Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang begitu tegas dan berani mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas penerokaan tanah haram di Raub walaupun baru menjadi Menteri Besar dalam tempoh 2 tahun.

“Sebelum ini, tindakan penguatkuasaan ke atas penerokaan tanah haram di Cameron Highlands, Bentong dan terbaru disini (Raub).

“DAP tidak perlulah berpolitik, manipulasi dan memutar belitkan kenyataan dengan menggunakan alasan buku hijau untuk menghalalkan peneroka-peneroka haram ini,” kata Fadzli.

Penerokaan tanah haram ini boleh menjejaskan ekosistem, tetapi masalah bekalan air yang sering terputus di Raub ini adalah disebabkan peneroka-peneroka tanah haram. Air yang keroh ini, loji yang ada tidak dapat menampung.

“Kami di Raub menderita, sejak bertahun-tahun akibat penerokaan tanah haram.

“Kerajaan negeri juga kerugian hasil,” ujarnya.

Himpunan ini adalah mesej jelas adalah himpunan permulaan. Andaikata ada lagi gerakan membela peneroka tanah haram ini, ngo yang berkumpul ini akan mengadakan himpunan lebih besar dikawasan tanah yang mereka teroka secara haram.

“DAP cukup-cukuplah, ada benda boleh di politik ada benda yang tidak sesuai di politikkan.

“Atas dasar apapun walau untuk mendapatkan undi, memenangi hati pengundi, itu soal lain. Tetapi soal tanah yang haram tidak boleh di halalkan,” katanya. – SuaraTV

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri

GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Kota Kinabalu - Gerakan Rakyat Sabah (GRS) telah bersetuju dengan sebulat suara untuk mencalonkan Datuk Hajiji...

Ketua Menteri Sabah: Bung, Hajiji atau nama lain?

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah menyerahkan 41 akuan berkanun (SD) kepada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin. Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah...

Teka-Teki Ketua Menteri Sabah Berterusan, GRS Kemukakan Calon Baharu?

Kota Kinabalu - Teka-teki siapa Ketua Menteri Sabah masih berterusan apabila pertemuan ketua-ketua parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan Tuan Yang Turutama Yang Dipertua...