Ahmad Zahid Sahkan UMNO Tiada Hasrat Bertapak Di Sarawak

- Advertisement -

CYBERJAYA – UMNO tidak pernah berhasrat untuk masuk melebarkan sayap ke Sarawak.

Itu penegasan presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu yakin dengan parti-parti tempatan di Sarawak, lapor Malaysiagazette.

“UMNO yakin dengan PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu), sementelahan GPS (Gabungan Parti Sarawak) telah dibentuk untuk merangkumkan ketiga-tiga parti lain yang dahulunya dalam BN (Barisan Nasional).

“UMNO doakan agar GPS akan terus membentuk kerajaan negeri bila PRN (Pilihan Raya Negeri) diadakan kelak,” katanya.

Semalam pada satu acara di Kuching, Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg yang juga Ketua Menteri Sarawak menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan UMNO masuk ke Sarawak.

Selasa lalu, Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika menggesa PAS dan Bersatu tidak bertanding melawan GPS dalam PRN akan datang, memberi contoh sikap baik ditunjukkan UMNO yang tidak membuka sebarang cawangannya di Sarawak kerana mahu membuktikan keikhlasan kerjasama di peringkat pusat.

GPS yang kini sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan merupakan bekas parti komponen BN yang terdiri daripada empat parti politik tempatan iaitu PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat