Peguam Negara nafi laporan Sarawak Report, prosiding di Mahkamah London diteruskan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tiada tindakan untuk memberhentikan prosiding mahkamah di London bagi membatalkan Perjanjian Penyelesaian antara 1MDB dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang ditandatangani pada 2017, kata Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idrus menegaskan kerajaan sentiasa bersifat terbuka untuk menimbang sebarang penyelesaian sekiranya terdapat tawaran yang sejajar dengan prinsip dan tanggungjawab kerajaan Malaysia.

Beliau menjelaskan tanggungjawab kerajaan itu ialah bagi memastikan aset-aset negara dipulangkan dan pada masa yang sama keadilan ditegakkan.

“Sehubungan itu, perbincangan sentiasa dilakukan antara kedua-dua kerajaan, termasuk sewaktu kerajaan Pakatan Harapan dan juga kerajaan kini.

“Perbincangan ini hanya melibatkan pegawai-pegawai kerajaan Malaysia dan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) tanpa penglibatan mana-mana pihak lain,” katanya.

Baru-baru ini portal Sarawak Report mendakwa kerajaan menghentikan prosiding mahkamah di London terhadap Ipic dengan 1MDB dan Kementerian Kewangan dikatakan sedang berusaha untuk mengambil tindakan penyelesaian sebagai ganti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat