INDIA – Polis tempatan di bandar Kurichedu, Andhra Pradesh hari ini memaklumkan sepuluh orang maut selepas meminum cecair pembunuh kuman ketika negara itu berhadapan dengan perintah berkurung.
Kesemua mangsa dilaporkan meninggal dunia sepuluh hari selepas meminum cecair yang mengandungi alkohol tersebut.
Ketua Polis, Siddharth Kaushal berkata, kebanyakan penduduk di situ meminum alkohol dari sumber selain arak, termasuk cecair pembunuh kuman bagi melepaskan ketagihan terhadap minuman tersebut.
“Sebahagian orang yang mengalami ketagihan melampau terhadap alkohol akan meminum cecair pembunuh kuman,” katanya seperti dipetik oleh BBC.
“Bekalan minuman beralkohol terputus jualan sejak perintah berkurung, sebaliknya cecair pembunuh kuman amat mudah untuk didapati,” tambahnya.
Sementara itu, di utara Dinkar Gupta, sekurang-kurangnya 21 orang dilaporkan meninggal dunia akibat meminum cecair pembunuh kuman bagi menggantikan arak