Siasatan ke atas ibu bapa Zayn Rayyan masih diteruskan – Polis

- Advertisement -

SHAH ALAM – Permohonan melanjutkan tempoh reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin adalah bergantung kepada hasil siasatan yang sedang dilaksanakan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan ke atas pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu masih diteruskan.

“Pasangan itu masih ditahan reman sehingga Jumaat ini, keperluan untuk melanjutkan tempoh reman bergantung kepada hasil soal siasat,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Terdahulu, Hussein dilaporkan berkata, ibu bapa kanak-kanak terbabit direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hussein sebelum itu mengesahkan polis menahan kedua-dua ibu bapa Zayn Rayyan di kediaman keluarganya di Puncak Alam, pada jam 10.05 pagi, Jumaat bagi membantu siasatan polis berkaitan kes pembunuhan anak pasangan itu.

Pada 5 Disember tahun lalu, kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang di Damansara Damai sebelum mayatnya ditemui berhampiran kawasan saliran air yang terletak kira-kira 200 meter dari blok unit kediamannya di Apartment Idaman pada keesokan hari. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat