MOT perlu pastikan kapal kontena Israel tidak berlabuh dalam negara – Ahmad Zahid

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Kementerian Pengangkutan (MOT) perlu memastikan tiada mana-mana kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel berlabuh di pelabuhan di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ini kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dan perniagaan secara langsung dengan rejim Zionis itu.

“Saya telah sebut perkara ini, bahawa kita tidak ada hubungan diplomatik termasuk hubungan perniagaan langsung dengan Israel. Isu ini amat dekat dengan rakyat Malaysia keseluruhannya dan saya tidak fikir kita boleh berkompromi dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan program Halal on Track @ Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.

Ahad lepas Ahmad Zahid dilapor berkata siasatan terhadap dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri perlu disegerakan. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat