BlackRock: Lapangan terbang sasaran utama untuk ditawan, dimusnahkan – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi mengemukakan perbezaan antara lapangan terbang dengan Apple.

Menurut Puad, lapangan terbang adalah aset strategik dan kedaulatan negara.

“Dalam kes Apple, kuasa di tangan rakyat bukan kerajaan. Terpulang pada rakyat untuk boikot seperti mana mereka boikot McD, KFC, KK Mart dan Starbucks.

“Masalahnya airport (lapangan terbang) adalah aset strategik. Ia adalah kedaulatan kita. Dalam “tactical war” airport adalah sasaran utama untuk ditawan atau dimusnahkan.

“Tiba tiba kita benarkan pro musuh membolosi kedaulatan kita secara mudah. Kita tidak tahu apa akan jadi 50 dan 100 tahun akan datang,” kata Puad.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz mempertahankan keputusan kerajaan membenarkan BlackRock, firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel, memiliki pegangan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Tengku Zafrul sebelum ini, menekankan BlackRock adalah syarikat senaraian awam dan tidak dimiliki rakyat Israel.

Beliau juga merujuk bahawa dana kekayaan dari Abu Dhabi, Kuwait, Arab Saudi, dan Qatar juga memiliki kepentingan saham BlackRock.

Katanya, BlackRock juga merupakan pemegang saham terbesar Apple.

“Semua yang memiliki (produk) Apple, jika anda benar-benar menentang, anda tidak sepatutnya menggunakannya. Siapa pemegang saham terbesar WhatsApp? Siapa pemegang saham terbesar Facebook?

“Jadi, di mana kita nak putuskan garis pemisah? Dalam dasar, di mana kita gariskannya?” katanya dalam Madani Economy Townhall di Universiti Malaya ketika ditanya untuk menjelaskan rundingan penswastaan MAHB.

Tengku Zafrul berkata, penting bagi kerajaan menjelaskan merit rundingan berkenaan, “dan saya fikir mereka telah lakukan”.

“Namun, sudah tentu, mungkin kita kena buat lebih lagi. Bagi saya, kita perlu lihat perkara ini secara holistik,” katanya.

Puad berkata, kuasa di tangan Kerajaan Malaysia untuk membatalkan syarikat GIP milik Blackrock pro Israel membeli saham 39 airport Malaysia (MAHB).

“Kerajaan tidak ada kuasa halang Blackrock menguasai saham Apple. Tetapi kenapa benda yang kita ada kuasa, kita mahu benarkan pula.

“Prof. Saul Takahashi yang pernah berkhidmat dengan PBB di Pejabat Wilayah Palestin yang dijajah, pelik dengan pendirian Malaysia.

“Menurut beliau, Blackrock adalah pembiaya utama kompleks industri tentera Amerika yang membantu genosid Israel di bumi Palestin.

“Di mana moral kemanusiaan negara? soal Puad.

Sebelum ini, timbul kritikan menentang penyertaan BlackRock, menerusi anak syarikat penuhnya Global Infrastructure Partners (GIP), dalam konsortium bersama Khazanah Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meningkatkan pegangan dalam MAHB.

Mereka mendakwa walaupun GIP dan Abu Dhabi Investment Authority (Adia) hanya memiliki 30 peratus pegangan, ia membenarkan kemasukan BlackRock dalam pengurusan dan memiliki 39 lapangan terbang di Malaysia.

Pengkritik juga menuduh BlackRock, firma pelaburan berpangkalan di New York, ‘mengambil untung daripada genosid’ menerusi pegangannya dalam syarikat persenjataan Amerika Syarikat, yang didakwa membekalkan senjata kepada Israel.

Sebelum ini, Khazanah memberikan jaminan GIP, sebagai rakan konsortium tidak mempunyai kuasa menentukan pengurusan MAHB apabila rundingan dimuktamadkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat