Video Lama 2017, Sudah Diambil Tindakan Oleh Kerajaan Negeri Pahang – Fadzli

- Advertisement -

SUNGAI KOYAN: ‘Untuk makluman Puan Sri, ini adalah video lama iaitu pada tahun 2017’, itulah jawapan balas Pegawai Khas Menteri Besar Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkaitan satu video yang dimuat naik oleh seorang aktivis alam sekitar, Sabrina Syed mengenai kapal korek di Sungai Jelai Kuala Medang, Sungai Koyan, Pahang.

Menurut Fadzli, video lama itu berhubung kes perlombongan haram di mana seorang kakitangan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) telah tanpa kebenaran mengeluarkan surat kelulusan kepada sebuah syarikat untuk kerja-kerja mendalamkan sungai dan kemudiannya syarikat terbabit telah dikesan melakukan aktiviti haram perlombongan di sungai tersebut.

Terdahulu, Sabrina melalui akaun Facebooknya ‘Sabrina Syed’ memuat naik sebuah video dengan tajuk “Kapal Korek di Sungai Jelai Kuala Medang, melombong apa itu?” cuba membawa persepsi buruk kepada kepimpinan Menteri Besar Pahang, Dato Sri’ Wan Rosdy Wan Ismail dan kerajaan negeri Pahang kononnya bersengkongkol dengan syarikat yang melakukan aktiviti perlombongan haram di sungai tersebut.

Rata-rata komen yang diberikan oleh pengikut Facebook beliau telah memberi komen negatif terhadap kerajaan negeri Pahang di bawah pentadbiran Wan Rosdy.

“Aktiviti perlombongan di kawasan tersebut telah dihentikan serta merta oleh pihak berkuasa sebaik sahaja diketahui,

“Kakitangan JPS tersebut telah dikenakan tindakan tatatertib termasuk pemotongan tiga (3) tangga gaji, manakala syarikat terbabit telah dikompaun,” jelas Fadzli kepada SuaraTV.

Tegas Fadzli lagi, kes tersebut juga sudah lama selesai dan aktiviti tersebut tiada kaitan dengan Menteri Besar Pahang dan kerajaan negeri.

“Ianya berpunca daripada kerakusan seorang kakitangan JPS dan pihak syarikat terbabit,” ujarnya lagi.

Beliau juga menasihatkan pemilik akaun Facebook tersebut perlu mempastikan kesahihan maklumat yang diperolehi termasuk video yang dimuat naik pemilik akaun Facebook itu.

“Kita tidak mahu disebabkan posting tersebut, tidak pasal-pasal pihak lain dibalun oleh netizen.” -tegasnya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat