‘Pierre kecewa…’

Penstrukturan Semula: Mahkamah UK Bagi ‘Lampu Hijau’ Kepada Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines Bhd sudah mendapatkan kelulusan daripada Mahkamah UK bagi meneruskan proses penstrukturan semulanya. Malaysia Airlines...

‘Saya Akan Kembali’ – Trump

WASHINGTON: Donald Trump meninggalkan Rumah Putih buat kali terakhir beberapa jam sebelum penggantinya Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46. Trump, 74,...

Datuk, Rakan Serang Pelanggan Didakwa Esok

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakannya yang dilaporkan menyerang pelanggan sebuah restoran di Tropicana Avenue, Damansara pada 12 Januari lalu, akan...

“Tahniah Rakanku!” Ucapan Barack Obama Kepada Biden

KUALA LUMPUR : Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44, Barack Obama menzahirkan ucapan tahniah kepada Joe Biden sempena majlis angkat sumpahnya sebagai Presiden AS...

Penjaja, Peniaga Harap Kerajaan Johor Pertimbang Bantuan Insentif

JOHOR BAHRU: Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru, memohon kerajaan negeri agar mempertimbangkan pemberian bantuan insentif 'one-off' kepada lebih ramai...

KUALA LUMPUR: Biarpun tidak pernah terpacul daripada mulut Pierre Andre bahawa dirinya kecewa dengan dunia seni, namun, naluri keibuan Khatijah Tan kuat menyatakan ada sesuatu yang tersirat dalam diri anak sulungnya itu.

Pelakon Khatijah Tan memberitahu, Pierre menerima banyak tawaran termasuk mengarah drama, filem dan menulis skrip selama ini.

Namun, setakat ini, anaknya masih belum terbuka hati untuk kembali aktif.

“Pierre selesa dengan kehidupan bersama isteri dan anak perempuan mereka yang berusia empat tahun.

“Mereka masih menetap di Kuala Lumpur dan Pierre sibuk menguruskan perniagaan atas talian.

“Saya pernah bertanya apakah dia merajuk dengan industri seni. Namun, Pierre menafikannya.

“Pierre cukup misteri… Dia sukakan kehidupan sekarang yang lebih ‘low profile’.

“Tapi saya tahu, dia masih sayangkan bidang perfileman. Setiap kali pulang ke Ipoh, kami akan meluangkan masa menonton filem antarabangsa,” katanya kepada BH Online.

Selain gemar menonton filem, Khatijah berkata, Pierre masih menunjukkan minat dalam bidang pengarahan.

Sesekali Pierre mengarahkan filem pendek untuk saluran YouTube keluarga mereka iaitu Andre Brothers.

Antara filem pendek pernah dihasilkan berjudul Loceng menampilkan mereka sekeluarga temasuk adik, Mikail Andre.

Bagaimanapun, menurut Khatijah, saluran berkenaan diwujudkan sekadar ‘suka-suka’, bukan mengejar wang.

Pierre, 35, mula meraih populariti selepas muncul dalam filem Gol & Gincu pada 2005.

Watak sebagai Reza dalam filem itu melonjakkan namanya dalam dunia perfileman.

Namun, pada 2016, selepas mengarahkan filem Kecoh Primadona Kena Hantu yang turut menampilkan Khatijah, Pierre perlahan-lahan berundur.

Pierre juga tidak aktif di laman sosial menyebabkan ramai tertanya-tanya ke mana menghilangnya pelakon dan pengarah berbakat besar itu.

Khatijah pernah mencadangkan Pierre terus mengarah kerana dia bekerja sendiri dan tidak terikat dengan majikan.

“Tetapi Pierre beritahu belum masanya lagi. Saya rasa ada perkara yang membuatkan dia kecewa tapi dia tak mahu luahkan.

“Tapi sebagai seorang ibu, saya dapat merasakan dia kecewa. Dia mengundur diri bukan sebab merajuk dengan sesiapa.

“Dia kecewa kerana tidak berjaya memberi sesuatu kepada industri. Paling dia kecewa melihat nasib rakan-rakan di belakang tabir yang tidak menerima bayaran setimpal.

“Pierre pernah beritahu, dia kasihan dengan mereka kerana kerja di sebalik tabir tampak glamor, tetapi hakikatnya mereka hidup ‘kais pagi makan pagi’.

“Perkara itulah yang membuatkan dia paling sedih,” katanya.

Khatijah mendedahkan dia pernah memberitahu anaknya ‘protes’ senyap yang dibuat tidak akan mengubah apa-apa.

Namun, Pierre masih tetap dengan pendiriannya.

“Bagi saya tindakan protes secara senyap tidak membawa kebaikan. Bagi saya, apa yang penting adalah memastikan kita dapat meneruskan kelangsungan hidup.

“Lagipun, tiada siapa yang akan ingat dan mengenang kita selepas kita pergi,” katanya.

Berkongsi mengenai kerjaya seninya pula, Khatijah memberitahu, dia masih aktif berlakon dan tidak merancang mengundurkan diri.

Bagaimanapun, pada usianya yang mencecah 59 tahun, Khatijah agak selektif memilih watak kerana enggan digelar ‘stereotaip’.

Apatah lagi sejak lima tahun lalu, dia bersama suami memilih menetap di Ipoh, Perak. Lantas, Khatijah lebih selesa menerima tawaran telefilem berbanding drama rantaian.

Khatijah berkata, dia memilih naskhah yang menawarkan upah berbaloi kerana perlu berulang-alik ke Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah, pengarah seperti Heykal Hanifah, Rashid Sibir, Othman Hafsham dan Datuk Yusof Haslam antara mereka yang sangat menghargai pelakon lama seperti saya.

“Bersama mereka, saya tidak perlu pening kepala bertanya mengenai bayaran.

“Bagi produksi yang saya tidak pernah bekerjasama, saya pastikan tawaran tidak merugikan dan merendahkan martabat saya sebagai pelakon,” katanya.

Sumber:- Berita Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

‘Semua produksi ‘shooting’ luar ibu kota, balik segera’

Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mencadangkan kepada syarikat produksi yang sedang menjalankan aktiviti penggambaran di negeri yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan...

‘Tolong berhenti merendahkan sesiapa!’ – Kavita

Pelakon Kavita Sidhu, 49, mengakui terkilan dan sedih terhadap isu tular mengenai kecantikannya yang dibandingkan dengan pelakon veteran Norlia Ghani, 72. Menurut Kavita, perbandingan yang...

Serba Pantas Dan Lengkap, Ini Dua Sebab Utama Samsung Galaxy S21 Menjadi Buruan Ramai

Setahun dinantikan pengguna, akhirnya pada minggu lalu Samsung telah melancarkan siri terbaru daripada Galaxy S-series iaitu Samsung Galaxy S21. Model yang diperkenalkan ini secara...