Pecat Keahlian, Najib Persoal Logik Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan dimana logik pemimpin DAP, Lim kit Siang apabila mempersoalkan tindakan PPBM menghentikan keahlian 5 ahli parlimennya tapi tidak pula mempersoalkan tindakan PKR yang memecat dan menggantung keahlian 348 ahli mereka dalam selang waktu yang hampir sama.

Jelas Najib, “Logik Kit Siang cam ni:

AKHIR bulan Mei:
PPBM pecat 5 ahli adalah politicking melampau pada masa Covid.

AWAL bulan Mei:
PKR pecat 348 ahli dan gantung 285 ahli termasuk ramai wakil Rakyat itu bukan politicking melampau pada masa Covid.

https://www.facebook.com/limkitsiang2.0/posts/10157030405151073”.

Pautan asal posting Najib boleh dirujuk disini https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157092767840952/

Pemahaman dari posting Najib di atas barangkali begini:-

PPBM pada 28 Mei yang lalu mengumumkan keahlian 5 ahli parlimennya terhenti dengan sendiri apabila duduk bersama blok pembangkang semasa sesi parlimen 18 Mei yang lepas.

Ini yang dirujuk Kit Siang sebagai politiking melampau dalam postingnya.

Sedangkan rakan Kit Siang dalam Pakatan Harapan, PKR, juga memecat dan menggantung keahlian beratus ahli partinya (termasuk wakil rakyat) dan ini tidak dianggap politiking melampau oleh Kit Siang.

Kedua-dua kejadian ini berlaku semasa negara masih dibawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Yang dirujuk sebagai ‘pada masa Covid’ oleh Najib. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat