KUALA LUMPUR – Menceritakan hubungan baiknya dengan kebanyakan pemimpin tinggi DAP, mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin yang juga dikenali sebagai Dr.Maza tampil menyuarakan pendapatnya berkenaan parti yang dilabel sebagai cauvinis itu ketika 22 bulan berada dalam kerajaan Pakatan Harapan.
Maza dalam satu rakaman wawancara yang dimuat naik di lama Facebook miliknya berkata, parti DAP dan Amanah memainkan peranan yang penting menimbulkan kegusaran umat Islam di negara ini.
Ia berkenaan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh barisan kepimpinan DAP yang juga merupakan kenalan rapatnya secara peribadi, saban hari mengguris perasaan orang Islam di negara ini melalui pelbagai isu.
“Selama 22 bulan memerintah, terlalu banyak kenyataan-kenyataan, setiap hari dikeluarkan oleh mereka ini yang mengguris perasaan umat Islam.
“Dalam isu Zakir Naik, semua pemimpin mereka bersatu mengkritik isu tersebut, tetapi dalam isu pengganas LTTE, mereka bersatu juga mempertahankan pemimpin mereka yang ditahan.
“Di media-media sosial juga terlalu ramai yang berani menghina agama secara terbuka, tetapi apabila PH tumbang, keadaan ini berkurang,” katanya.
Beliau menceritakan hal berkenaan menjawab soalan penemubual yang bertanya sama ada beliau selesa fengan pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional hari ini.
Menurut Asri, beliau bersyukur dengan perkara-perkara yang baik yang dibuat oleh kerajaan hari ini, berbanding dengan kerajaan PH – sumber