INSTITUSI PRESIDEN: RUNDINGAN JANGAN SELISIH, MUAFAKAT JANGAN BERCANGGAH

- Advertisement -

1. Telah tular bahawa terdapat cadangan seorang ketua Bahagian di Selangor supaya Dato Seri Najib Razak (DSNR) dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang kini disandang oleh Presiden UMNO Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi

2. Amalan BN sejak 1974 adalah di mana Presiden UMNO secara automatik akan menyandang Pengerusi BN. Konvensyen ini disahkan oleh Setiausaha BN, Tan Sri Annuar Musa.

3. Walaubagaimanapun, isu ini terjawab dengan sendirinya apabila pada 2.6.2020, DSNR dan DSAZH telah bertemu bersalaman Hari Raya. Maka cakap-cakap yang seolah-olah melaga-lagakan kedua pemimpin ini adalah hanya kerja-kerja war lord dan power broker tertentu. Era war lord dan power broker ini perlu ditalkinkan, UMNO wajib kembalikan susuk sebenar suara rakyat suara keramat sebagaimana Malayan Union digagalkan pada 1946 dan Merdeka dicapai pada 1957!

4. War lord dan power broker ini seolah-olah memaksa DSNR mengambil pendirian bertentangan dengan perinsip beliau kerana DSNR berkali-kali terdahulu daripada ini menegaskan bahawa beliau tidak berhasrat untuk memegang jawatan tertinggi parti atau PM semula.

5. Dari aspek lain, percaturan oleh pihak-pihak tertentu ini dilihat sebagai satu percubaan untuk memperkecilkan institusi Presiden UMNO. Terma institusi presiden inipun dibangkitkan oleh DSNR sendiri pada 2016 kepada ahli UMNO, menekankan konsep supaya ahli parti mempertahankan presiden yang memegang jawatan sebagai institusi dan bukannya atas kapasiti individu.

6. Sejarah Melayu merekodkan perihal Si kitol dan Raja Mendeliar, dua individu yang mengkhianati kesultanan Melayu Melaka sehingga negeri itu jatuh ke tangan Portugis. Adakah kita merestukan bermaharaja lelanya versi moden Si kitol dan Raja Mendeliar yakni para pengkhianat ini?

7. Lupakan juga kita pada kisah tamadun Rom, cerita pengkhianatan Marcus Junius Brutus ke atas Julius Caesar. Brutus adalah seorang jeneral Rom manakala Caesar pula seorang jeneral dan negarawan yang dikreditkan dengan penubuhan Empayar Rom. Pada 15 Mac, 44 tahun Sebelum Masihi ketika berusia 55 tahun Caesar mati ditikam oleh Brutus. Perbuatan khianat Brutus menjadi mercu tanda kedayusan politik kerana dia menikam Caesar dari belakang. Pastinyalah ia perbuatan khianat yang sangat hina kerana sebagai jeneral, Brutus sepatutnya berdepan dengan Caesar di gelanggang kerana kedua-dua mereka ada perwira.

8. Kesimpulannya, dalam keadaaan yang tidak menentu, PN perlu di sokong dengan niat dan tujuan membela rakyat yang terkesan dengan Covid-19 dan kegawatan ekonomi global dan terasnya adalah memelihara institusi Presiden. Jika UMNO tidak stabil makai ia bakal memberi kesan kepada PN. Maka institusi Presiden UMNO perlu dibela kera ia juga tunggak kestabilan negara.

9. Peganglah pada pesan orang tua-tua:

Pemimpin perlu disatukan bukan dipecah belahkan
Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat
Faham sesuai benar seukur
Bulat segolek ,pipih selayang
Rundingan jangan selisih
mufakat jangan bercanggah

Tuan pada sekata
Berani pada seia
Berat sama dipikul
Ringan sama dijinjing
Yang tidak ada sama dicari
Sama sakit,sama senang
Ke bukit sama mendaki
ke luaran sama menuruni sama mengayun sama melangkah

Jika khabar baik diberitahu
Jika khabar buruk serentak didatangani
jika jauh ingat mengingati
Jika dekat temu menuruni

dapat sama laba
hilang sama rugi

MOHD HALIM WAHAB
NKB HULU LANGAT
4.06.2020

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat