TH tubuh pasukan pemantau sindiket penipuan haji di lapangan terbang – Menteri Agama

TH tubuh pasukan pemantau sindiket penipuan haji di lapangan terbang – Menteri Agama

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menubuhkan pasukan pemantau khas di lapangan terbang bagi memastikan bakal jemaah tidak menjadi mangsa penipuan sindiket pada saat akhir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, langkah itu dilaksanakan melalui pemantauan berterusan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), selain pemantauan rapi dalam media sosial yang sering menjadi medium tawaran pakej haji tidak sah.

Menurut beliau, setakat hari ini pihaknya belum menerima sebarang aduan rasmi berkaitan penipuan haji termasuk membabitkan badal haji namun langkah pencegahan terus dipergiat.

“TH sentiasa membuat pemantauan bukan sahaja dalam laman sosial malah pasukan pemantau digerakkan di lapangan terbang bagi mengesan sebarang aktiviti mencurigakan membabitkan tawaran pakej haji.

“Ini penting bagi mengelakkan bakal jemaah terpedaya dan kita tidak mahu ada yang kecewa ditipu di saat-saat akhir,” katanya selepas menyempurnakan Projek Pemerkasaan Perusahaan Bakeri dan Pastri di Kozee Coffee & Pastry di Telong di Bachok, lapaor Utusan semalam.

Zulkifli berkata, umat Islam diingatkan supaya sentiasa merujuk kepada pihak berautoriti bagi mengesahkan kesahihan sesuatu tawaran sebelum membuat bayaran.

Katanya, TH akan terus memperketat pemantauan dan tidak teragak-agak melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang unsur penipuan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan tawaran yang meragukan, sebaliknya mendapatkan pengesahan terus daripada Tabung Haji bagi mengelakkan kerugian.

“Doa kita agar musim haji tahun ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini,” kata Zulkifli.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat