RUU Antilompat Parti Beri Kelebihan Kepada BN – Nazri Aziz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Antilompat Parti yang akan dibentangkan di Parlimen nanti akan dapat menarik lebih ramai rakyat Malaysia keluar mengundi.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjelaskan dengan adanya RUU tersebut, rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan kerenah ahli politik akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka dalam pesta demokrasi.

Malah Mohamed Nazri yakin RUU Antilompat Parti itu juga akan mewujudkan kestabilan dan boleh menyakinkan pelabur-pelabur luar untuk datang ke negara ini.

“Saya rasa dengan adanya (RUU) antilompat ini, bukan hanya orang muda, malah rakyat Malaysia yang sudah benci dengan perangai ahli-ahli Parlimen yang melompat dan hanya mementingkan diri sendiri, akan keluar mengundi.

“Saya berpendapat RUU ini juga akan membuatkan pelabur luar akan cuba bercakap baik tentang Malaysia kerana mereka juga nak melabur.

“Pada pendapat saya dengan adanya anti-hopping law ini, sebahagian besar daripada rakyat Malaysia bukan hanya akan keluar mengundi tetapi juga akan beri sokongan kepada kerajaan kerana membentangkan akta ini,” katanya kepada Astro AWANI.

Hujah Mohamed Nazri ini disokong oleh Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Hamidin Abd Hamid yang menjelaskan kesungguhan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyokong RUU Antilompat ini memberi gambaran bahawa parti itu benar-benar tidak menyokong lompat parti.

Hamidin menjelaskan RUU Antilompat Parti ini akan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN kerana parti itu akan dilihat menjuarai isu yang sangat dikehendaki golongan muda dan masyarakat bukan Melayu.

“Kalau kita melihat mood dalam kalangan para pengundi terutama pengundi muda, kesangsian mereka terhadap BN ini menunjukkan mereka tidak mempercayai parti itu kepada tingkah laku yang berlaku sebelum ini.

“Sekiranya tingkah laku yang ditunjukkan BN itu menepati kehendak dan citarasa pengundi ketika ini terutama dalam konteks undang-undang yang menyekat lompat parti ini, saya kira UMNO dan BN akan berjaya menarik minat terutama golongan muda dan juga orang bukan Melayu kepada BN,” katanya.

RUU Antilompat Parti dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini selepas pindaan perlembagaan bagi membolehkan ia bentangkan berjaya dilaksanakan.

BN dan Pakatan Harapan (PH) dilihat sebagai dua parti yang bersungguh-sungguh mahu RUU Antilompat Parti ini dibentang dan diluluskan.

– ARTIKEL asal Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat