Ahli Parlimen, polis berpaling tadah maut terima beg berisi bom

- Advertisement -

YANGON – Lima individu, termasuk seorang Ahli Parlimen dan tiga anggota polis yang berpaling tadah, terbunuh dalam satu letupan di bandar Pyay di wilayah Bago, Myanmar, semalam.

Sumber berkata, Thet Win Hlaing, yang juga Ahli Parlimen mewakili Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD) dan tiga anggota polis itu sedang bersembunyi di sebuah rumah di kampung Zee Oke apabila letupan berlaku sekitar jam 5 petang.

Menurut seorang lelaki tempatan yang membawa mayat mangsa, pemilik rumah itu adalah mangsa kelima dalam letupan berkenaan.

Mangsa keempat yang juga seorang anggota polis yang berpaling tadah, turut cedera teruk dan kini dirawat di Hospital Pyay selepas kehilangan kedua-dua tangannya, kata lelaki itu.

Punca letupan itu masih tidak dapat disahkan, namun spekulasi mengaitkannya dengan bom yang dihantar dalam bungkusan.

“Setakat yang saya tahu, letupan itu berlaku apabila mereka membuka bungkusan berkenaan,” kata seorang sumber tempatan yang enggan identitinya didedahkan.

Ahli Parlimen itu serta anggota polis berkenaan bersembunyi di kampung terbabit sejak tentera Myanmar menggulingkan kerajaan dipilih rakyat dan merampas kuasa pemerintahan pada 1 Februari lalu.

Seorang lagi penduduk Pyay memaklumkan, selepas letupan itu, 10 trak yang dipenuhi anggota tentera dan polis tiba ke lokasi kejadian, memetik apa yang dimaklumkan kepadanya oleh penduduk kampung.

Mayat lima mangsa yang maut dalam insiden berkenaan ditempatkan di bilik mayat Hospital Pyay, katanya. – AGENSI

Foto: Sekadar Hiasan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat