Yayasan Selangor santuni keluarga berpendapatan rendah dan asnaf

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

SHAH ALAM – Menyedari situasi yang mencabar pada masa kini, Yayasan Selangor (YS) terpanggil untuk ke hadapan memberi sumbangan barangan keperluan dan wang tunai kepada 10 keluarga asnaf dan berpendapatan rendah daripada keluarga pelajar tajaannya.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zaini Sulaiman berkata, sumbangan itu adalah pengisian aktiviti sempena Kembara Kasih Aidilfitri 2024 yang dilaksanakan oleh Unit Komunikasi YS.

Menurut Zaini, sumbangan yang dihulurkan ini adalah berlandaskan kewajipan tuntutan salah satu rukun Islam serta komitmen pihaknya menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat menggembirakan hati dan membantu meringankan beban kewangan mereka dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba nanti,” katanya.

Menurutnya, jumlah keseluruhan sumbangan adalah bernilai RM8,000 yang terdiri daripada sumbangan barangan makanan asas bernilai RM300 dan sumbangan wang tunai sebanyak RM500 untuk satu keluarga.

Beliau berharap sumbangan ini dapat memberi keceriaan dan membolehkan mereka merasai nikmat berhari raya dengan lebih bermakna.

“Inisiatif ini juga secara langsung dapat memberi kesedaran agar kita sentiasa mengambil berat tentang keresahan dan masalah yang dihadapi oleh umat Islam lain.

“Seterusnya membentuk serta membina kesejahteraan ummah apabila yang susah dibantu, yang lemah terus disantuni,” ujarnya lagi.

Menurut kenyataan YS, sumbangan telah disampaikan secara berperingkat-peringkat oleh Zaini dan Pengurus Komunikasinya, Norhayati Umor. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat